Tarikh:27 September 2010
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: 5 kilometer selepas hentian Rawat dan Rehat Seremban menghala ke Kuala Lumpur
Sinopsis:
Selepas mengisi minyak di stesen shell hentian seremban perjalanan ke tempat kerja diteruskan. Setelah beberapa kilometer meninggalkan hentian tersebut kedengaran bunyi pelik pada bahagian enjin motor. Kelajuan motor diantara 100-110 km/j.Setelah bunyi itu agak kedengaran motorsikal diperlahankan sehinggalah motorsikal tersebut mati dengan sendirinya.
Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menghidupkan kembali tetapi tidak berjaya.Gerak hati mengatakan mungkin piston ring dah patah/pecah sebab memang terasa pressure drop semasa meng'rev'kan throttle.
Keputusan dibuat untuk menelefon en Haffis memaklumkan tidak dapat sampai ke tempat kerja disebabkan peristiwa ini. Sedang perbualan dengan isteri berlansung melalui telefon, datang seorang jejaka menaiki naza blade 250 R dengan no pendaftaran NBC XXXX datang bertanyakan khabar. Beliau mengkonklusikan masalah motor adalah disebakan oleh 'piston jem'. Beliau mencadangkan untuk menunda motorsikal itu ke tempat kerja beliau di shah alam. Dan dari sana beliau akan menefon mekanik yang bertauliah.
Tanpa membuang masa persetujuan telah dicapai.Motorsikal ditunda dari kawasan kejadian sehinggalah ke tempat kerja jejaka terbabit.Cara penundaan adalah dengan menolak menggunakan kaki pada bahagian 'exhaust'. Perjalanan agak laju kerana banyak motorsikal-motorsikal kecil dipotong sepanjang perjalanan itu manakala 'indicator speedometer digital' pada motorsikal telah menunjukkan kelajuan mencapai 110-120km/j
Jam 8.15 pagi tiba di syarikat KNM sdn bhd sebuah syarikat fabrikasi yang mengeluarkan/membuat peralatan berasakan 'oil n gas'.Setelah tiba kami bersalaman dan berkenalan antara satu sama lain. Jejaka tersebut bernama Suhaimi dan beliau merupakan seorang QC di syarikat terbabit.
Beliau telah menghubungi mekanik dan memaklumkan situasi yang berlaku namun untuk ke bengkel motorsikal perlu ditunda lagi.Lokasi kedai mekanik terbabit adalah di subang Suria berhampiran Kg. Melayu subang. Beliau memaklumkan bahawa tidak dapat menunda kerana terlibat dengan audit di syarikat beliau bekerja dan pihak ketiga akan datang pada pukul 3 petang .
Memandangkan masih terlalu lama untuk menunggu jam 3 ,seorang kenalan telah dihubungi . Beliau adalah Mohd Rizal Said. setelah berbual melalui telefon , beliau memberikan komitmen untuk mendapatkan lori bagi mengangkut motorsikal ke bengkel yang telah disebutkan.Lori yang dimaksudkan ialahEn Mukti Bin Mamat yang juga merupakan seorang kenalan. Dengan kerjasama beramai-ramai motorsikal berjaya ditolak naik ke atas lori dan perjalan ke bengkel bermula.
Cerita dipendekkan ,motorsikal berjaya tiba di bengkel.Mekanik bukak plug dan check didapati minyak naik sampai plug.Assumption piston ring pecah adalah betol. Pemeriksaan lanjut akan dilakukan setelah motorsikal dibaraikan.En mekanik iaitu bard akan memaklumkan setelah motor dibaraikan.
Sekian,
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada individu terbabit:
1.En Suhaimi-pemilik Naza Blade 250 R yang sanggup menunda
2.En Mohd Rizal Said-kenalan yang bersusah payah membantu sehingga lambat masuk kerja
3.En Mukti Mamat-kenalan yang sponsor lori dan menghantar ke kedai mekanik tanpa mengenakan cas.
4.insan-insan yang terlibat tetapi nama tidak disebut
No comments:
Post a Comment