Sunday, July 24, 2011
4 Wheel Down-Part 1
Pengalaman agak mengerikan tetapi tiada kecederaan serius. Pada tarikh 19 Mei 2011 satu kejadian yang tidak diingini berlaku juga dalam jadual perjalanku. Personaku kemalangan kali pertama. Menjadikan peristiwa itu salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hari khamis, perjalanan bermula apabila halatuju ke Kuantan untuk mendapatkan spare part bagi AK1 (kereta lumba KKTM Kemaman yang pertama). Urusan selesai dalam jam 530 petang.Keluar dari bandar Kuantan dalam keadaan agak sesak memandangkan waktu pejabat telah tamat.
Sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang aneh dan mengusarkan. Tetapi apabila dibuat flash back aku merasakan sepanjang perjalanan sebelum xcident tu ,tayar belakang cam xsedap.Ada goyang...
Speed pada hari tersebut adalah mematuhi peraturan jalan raya di mana tidak melebihi 120km/j.
Ok,dalam beberape km nak masuk pekan Muazam Shah (dah melalui pagar politeknik Muazam Shah) kelihatan sebijik kereta Waja berwarna silver dari jalan bertentangan dah memasuki lorong aku (laju gak kete tu) tetapi masuk kembali ke jalan beliau.(gambaran:pemandu ngantuk terlelap pastu sedar ) dalam hati aku berkata:biar betul kete ni. Pastu ....dah dekat kete tu ngan kete aku ,dia kelua balik memasuki jalan aku,pergh...terkezut aku.aku pon sepantas kilat melibas stering ke kiri sambil memaki driver kerete tersebut ..(ayat maki:ape bangang punya keter)..sambil memandang ke arah kereta waja yang berlalu pergi itu.Dalam sejenak masa yang sama aku berusaha melibas stering supaya kereta aku itu dapat memasuki laluan bertar semula.(Lupa nak maklumkan keadaan sekitar tempat kejadian adalah baru lepas hujan dan bahu jalan adalah tanah merah ). Walaupun puas melibas stering tetapi kereta aku itu tidak mengikut arahan.(Ayat yang diungkapkan semasa detik itu:Perghh..sudah...) kereta ku itu sedang meng'drift'kan dirinyer.Dalam beberaper mikro saat merasakan keretaku itu sudah berputar2.Aku masih sempat mengucap dua kalimah Syahadah sambil menyaksikan permandangan yang berputar.2 kali aku rasakan putaran itu berlaku.Oh..akhirnya ia berhenti dalam keadaan normal dengan kedudukan ke-empat2 tayar di bawah.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment